Bekas
Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali nekad untuk
membongkarkan identiti dan membuktikan kewujudan golongan parasit di
dalam Pas yang dikatakan menjadi dalang pepecahan di dalam parti
itu.Menurutnya, golongan itulah yang bertanggungjawab menyebabkan
perjuangan Islam di dalam Pas terpesong dan mengakibatkan dirinya
dipecat dari parti itu.
“Pengaruh parasit dalam Pas telah menggunakan strategi yang licik untuk mengubah Pas termasuk dari terus bergerak ke jalan yang benar.Termasuklah memecat saya dengan hanya menegur PKR padahal itu bukan kesalahan bagi saya,” katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.
Hasan Ali juga tertanya-tanya apakah tindakan dan motif utama yang menjadikan Pas mengambil tindakan tergesa-gesa melakukan pengumuman pengguguran beliau dari parti terbabit.Bukan untuk menunding jari kepada sesiapa, Hassan berkali-kali menegaskan terdapat golongan yang seakan-akan ‘mencucuk’ pemimpin-pemimpin tertinggi Pas agar ‘membuang’ beliau terus.Ketika ditanya tentang kewujudan parasit dalam parti terbabit, Hassan mendakwa parasit itu mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu yang bergerak dari luar dan dalam parti yang membentuk kumpulan atau gagasan sendiri.Malah, mereka juga ‘berani’ untuk membentuk misi dan visi yang bertujuan untuk menjatuhkan sesetengah individu untuk kepentingan sendiri.

“Sebahagian
mereka bergerak dalam institusi yang berpusat di luar negara dan tempat
untuk mereka memulakan gagasan ini datangnya dari dalam Pas
sendiri.Mereka juga turut memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam Pas
bagi memudahkan untuk menjalankan misi mereka,” terang beliau.
Menurut beliau,satu cara sahaja untuk mengatasi masalah parasit yang kian ‘menular’ yang mungkin memberikan kesan yang teruk untuk jangka masa.
“Untuk membuang parasit ini,masyarakat perlukan pemimpin seperti saya supaya dapat membuka mata semua pihak akan kesan untuk masa depan.Sebab,ini melibatkan hampir satu juta ahli dalam PAS dan fenomena ini sudah lama terjadi,” tegas Hassan.
Lebih menguatkan lagi pandangan bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor itu tentang isu pemecatannya, tiada maklumat bertulis yang disediakan dan itu menunjukkan ‘kegiatan’ parasit sudah semakin hampir kepada misi mereka.Di akhir sidang akhbar itu,Hassan berharap agar jalinan hubungan dapat diteruskan meskipun beliau bukan lagi ahli Pas dan berharap dapat membantu ‘membebaskan’ parasit dari persatuan terbabit.Pun begitu,beliau tidak mahu isu ini dipanjangkan dan akan diterangkan dengan lebih lanjut termasuklah pembongkaran ‘ketua’ parasit yang menjadi dalang utama isu hangat ini pada siri ceramah yang akan beliau sampaikan dalam masa terdekat
ADAKAH BENAR HASAN ALI AKAN BUAT ROADSHOW UNTUK MENYATAKAN PARASIT ITU ???

bongkar Hassan Ali!
BalasPadam