Selasa, 12 Jun 2012

RAKYAT MESTI TAHU ANWAR BAPAK RASUAH NOMBOR 1 NEGARA!!

Anwar memang seharusnya ditolak oleh rakyat. Kononya belia pemimpin yang bersih dari kekotaran sebaliknya beliau merupakan bapak perasuah dan perompak terbesar selaku pemimpin melayu. Sikap beliau yang selalunya menghasut rakyat didalam pidatonya yang sekilas nampak seolah-olah beliau lah pejuang rasuah nombor satu Negara.


 Tetapi sangat malang buat rakyat Malaysia yang mempercayai beliau secara membabi buta.Keengganan seorang ahli perniagaan, John Soh Chee Wen, 50, menyumbangkan RM300 juta kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim empat tahun lalu dikatakan menjadi punca Ketua Pembangkang itu kempunan untuk menduduki Putrajaya seperti diimpikan beliau pada 16 September 2008.

Pengendali portal berita Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang pernah rapat dengan Anwar mendakwa, wang RM300 juta itu sangat diperlukan Anwar ketika itu untuk digunakan sebagai bayaran 'pendorong' RM10 juta seorang bagi 30 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) melompat parti dan seterusnya membantu beliau merampas Putrajaya.

"John Soh tidak bersetuju membiayai RM300 juta untuk tujuan tersebut melainkan Anwar mampu menjanjikan kejayaan. Tetapi bagaimana Anwar boleh memastikan kejayaan?

"Terdapat 30 Ahli Parlimen BN pada waktu itu. Jika mereka boleh menjual diri kepada satu pihak, maksudnya mereka boleh berbuat demikian ke pihak lain juga.

"John Soh enggan mengeluarkan RM300 juta dan ia mengakhiri impian (Anwar) memasuki Putrajaya. Itu juga bermakna Anwar perlu menghadapi perbicaraan liwat kedua. Hanya satu cara beliau boleh mengelakkan (perbicaraan) liwat itu iaitu dengan menjadi Perdana Menteri, yang tidak akan terjadi sekarang," katanya.

Tambahnya, hubungan Anwar dengan John Soh mulai renggang selepas keengganan ahli perniagaan itu membiayai wang tersebut walaupun kedua-dua pemimpin sebelum itu pernah bertelagah mengenai keperluan menyingkirkan Exco Selangor, Elizabeth Wong ekoran kontroversi gambar bogelnya.

"Apabila keadaan bertambah parah dan mustahil untuk berbaik-baik, John Soh dan Anwar 'berpisah.' Kemuncaknya ialah pada Pilihan Raya Negeri Sarawak hampir setahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Raja Petra mendakwa, bangunan yang menempatkan ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini dimiliki oleh John Soh.

Dengan jumlah hutang sewa bangunan PKR sehingga Jun 2010 adalah sebanyak RM600,000, katanya, hutang sewa bangunan terkumpul parti itu dianggarkan bernilai RM1 juta.

Selain itu, menurutnya, John Soh telah membelanjakan sekitar RM30 juta untuk menaja Anwar dan PKR sejak 1998.

"Apa yang ramai orang tidak tahu, kecuali individu dalam lingkaran Anwar ialah John Soh bukan hanya pembiaya PKR. Dia adalah seorang strategis utama yang menumpukan kepada cara-cara memenangi Kerajaan Persekutuan dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.


- SUMBER UM 

- John Soh punca cita-cita 16 Sept. 2008 kempunan

Selasa, 17 Januari 2012

ANWAR DIPERLUKAN DAP UNTUK MEMECAHKAN MELAYU?

Sempena tahun baru 2012 ternyata membuat DAP tersenyum lebar umpama kena loteri kebajikan RM2 juta.  Apa tidaknya ada dua perkara besar yang membuat DAP, parti paling rasis ini bergumbira iaitu pertama Anwar Ibrahim dibebaskan dari kes liwat (walaupun mahkamah akui kejadian itu berlaku suka sama suka).
Yang kedua pula Pas telah mengesahkan buat sekian kalinya bahawa mereka adalah “Barua” setia kepada DAP apabila sanggup memecat Dr Hassan Ali.
Kenapa DAP harus meraikan dua perkara ini?
Jawapannya cukup mudah, Anwar amat diperlukan DAP bukan kerana Anwar bersih, suci dan murni tetapi Anwar diperlukan untuk memecahbelahkan lagi orang Melayu dan menjadi alat penting untuk mengawal Pas.
Ini kerana selain kebijaksanaan otak auta Anwar, ramai pemuja Anwar juga berada dalam saf kepimpinan Pas.  Jadi mudahlah DAP untuk menjayakan agenda mereka.
DAP tak kisah untuk angkat Anwar jadi Perdana Menteri kerana segala rahsia Anwar sebenarnya sudah berada dalam poket DAP.  Bukankah Karpal Singh sendiri yang mengesahkan Anwar seorang peliwat pada tahun 1997?
Lagi pun Karpal jugalah yang mengakui kes liwat antara Anwar dan Saiful adalah satu perbuatan SUKA SAMA SUKA.  Maka dalam bahasa kasarnya telur Anwar kini dalam genggaman DAP.
Dalam kes Hassan Ali juga ternyata telah memberi jaminan kepada DAP bahawa Pas sanggup lakukan apa saja demi DAP.  Pas sanggup memancung siapa saja di kalangan pemimpin mereka yang cuba melawan DAP.
Bukankah Hassan Ali seorang pemimpin yang lantang menentang dasar DAP yang ghairah untuk membiakkan rumat urut, penjualan arak dan aktiviti murtad di Selangor.
Jadi dengan ketiadaan Hassan Ali memudahkan kerja-kerja DAP untuk menyemarakkan lagi aktiviti sosial tidak bermoral ini.
Justeru nampaknya DAP sudah menempah kejayaan awal…. Syabas buat DAP yang telah berjaya menjadikan pemimpin Melayu PKR dan Pas menjadi KUDA KAYU buat mereka dalam melaksanakan agenda rasis mereka.
Dr Syafiq Rozain, Shah Alam

Isnin, 16 Januari 2012

KHALID PANAS BILA HASSAN ALI NAK BOGELKAN??



PAS sebenarnya sudah sekian lama dengan satu gerakan berhaluan kiri yang berikrar untuk menusuk masuk ke dalam parti secara ekstrim dan kini mereka telahpun berjaya menawan hampir kesemua jawatan tertinggi dalam parti.

Ianya telah diterjah dan dikenalpasti sebilangan Pro Ulama' PAS yang semakin khuatir dan bakal membuat satu revolusi menentang kumpulan tersebut.

Ini semua adalah gara2 fenomena pembawakan budaya 'Anwar' ke dalam PAS yang telahpun dibuat 1 ketika dahulu ketika Anwar bergelar Pemimpin di dalam UMNO.

Politik Anwar sememangnya mengatasi Agama dan Bangsa. Undang2 bagi kedua2 item penting ini direka dan diolah semula mengikut acuan beliau sendiri.

KHALID Samad mungkin individu pertama yang didedahkan Hasan Ali 1 masa terdekat yang bertanggungjawab membawa 'ajaran' baru ini yang bakal menghilangkan rasa kepercayaan rakyat terutamanya Umat Islam mengenai hasrat kotor Kumpulan Parasit dalam Parti tersebut.

GADIS INI BERBOGEL BILA DI LUAR NEGARA, TETAPI BERJUBAH DAN BERTUDUNG LABUH BILA DI MALAYSIA..KENAPA YE??



Hebat...macam sesumpah..boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling..Kejap boleh buka..dan kejap lagi boleh tutup...** Kalau betul-betul berubah, Alhamdulillah.. Tapi kalau semua ini dilakukan hanya untuk berlakon dan menjaga nama baik bapanya yang bakal menjadi PM ( masa tu tak tahu lagi Anwar nak bebas)..tak tahulah EP nak cakap apa...


PANAS!! SIAPA ORANG ITU YANG AKAN DIBOGELKAN??



Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali nekad untuk membongkarkan identiti dan membuktikan kewujudan golongan parasit di dalam Pas yang dikatakan menjadi dalang pepecahan di dalam parti itu.Menurutnya, golongan itulah yang bertanggungjawab menyebabkan perjuangan Islam di dalam Pas terpesong dan mengakibatkan dirinya dipecat dari parti itu.

“Pengaruh parasit dalam Pas telah menggunakan strategi yang licik untuk mengubah Pas termasuk dari terus bergerak ke jalan yang benar.Termasuklah memecat saya dengan hanya menegur PKR padahal itu bukan kesalahan bagi saya,” katanya dalam sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.
Hasan Ali juga tertanya-tanya apakah tindakan dan motif utama yang menjadikan Pas mengambil tindakan tergesa-gesa melakukan pengumuman pengguguran beliau dari parti terbabit.Bukan untuk menunding jari kepada sesiapa, Hassan berkali-kali menegaskan terdapat golongan yang seakan-akan ‘mencucuk’ pemimpin-pemimpin tertinggi Pas agar ‘membuang’ beliau terus.Ketika ditanya tentang kewujudan parasit dalam parti terbabit, Hassan mendakwa parasit itu mempunyai kumpulan-kumpulan tertentu yang bergerak dari luar dan dalam parti yang membentuk kumpulan atau gagasan sendiri.Malah, mereka juga ‘berani’ untuk membentuk misi dan visi yang bertujuan untuk menjatuhkan sesetengah individu untuk kepentingan sendiri.


“Sebahagian mereka bergerak dalam institusi yang berpusat di luar negara dan tempat untuk mereka memulakan gagasan ini datangnya dari dalam Pas sendiri.Mereka juga turut memegang jawatan-jawatan tertinggi dalam Pas bagi memudahkan untuk menjalankan misi mereka,” terang beliau.

Menurut beliau,satu cara sahaja untuk mengatasi masalah parasit yang kian ‘menular’ yang mungkin memberikan kesan yang teruk untuk jangka masa.

“Untuk membuang parasit ini,masyarakat perlukan pemimpin seperti saya supaya dapat membuka mata semua pihak akan kesan untuk masa depan.Sebab,ini melibatkan hampir satu juta ahli dalam PAS dan fenomena ini sudah lama terjadi,” tegas Hassan.

Lebih menguatkan lagi pandangan bekas Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor itu tentang isu pemecatannya, tiada maklumat bertulis yang disediakan dan itu menunjukkan ‘kegiatan’ parasit sudah semakin hampir kepada misi mereka.Di akhir sidang akhbar itu,Hassan berharap agar jalinan hubungan dapat diteruskan meskipun beliau bukan lagi ahli Pas dan berharap dapat membantu ‘membebaskan’ parasit dari persatuan terbabit.Pun begitu,beliau tidak mahu isu ini dipanjangkan dan akan diterangkan dengan lebih lanjut termasuklah pembongkaran ‘ketua’ parasit yang menjadi dalang utama isu hangat ini pada siri ceramah yang akan beliau sampaikan dalam masa terdekat

ADAKAH BENAR HASAN ALI AKAN BUAT ROADSHOW UNTUK MENYATAKAN PARASIT ITU ???

Ahad, 15 Januari 2012

JAWAPAN SEBENAR HASSAN ALI DIPECAT!


1. Bertindak tegas terhadap penjualan arak di Selangor, walaupun terpaksa menyinggung hati DAP. Tindakan Hassan Ali ditentang keras oleh DAP Selangor.

2. Mengkritik secara jujur bahawa PAS perlu kembali kepada penjuangan asal untuk menegakkan negara Islam dan bukan negara Berkebajikan.

3. Mengkritikan dan tidak menyokong terhadap tindakan berhimpun untuk "selamatkan Anwar Ibrahim" Menurut Hassan itu merupakan agenda peribadi dan bukan agenda nasional atau kepentingan rakyat.

4. Sangat tegas dalam soal akidah. Sehingga tindakannya berjaya membongkar agenda jahat pihak Kristian untuk memurtadkan umat Islam di Selangor. Hal ini tidak disenangi ramai pihak, terutamanya DAP.

5. Menggerakkan projek HIMPUN yang cuba menyedarkan rakyat akan agenda jahat pihak tertentu dalam memurtadkan umat Islam di negara ini. HIMPUN tidak mendapat restu DAP dan kepimpinan PAS tidak menyokong program tersebut. Hassan Ali menongkah arus.

6. Hassan Ali menyokong rancangan Kerajaan Perpaduan dan cuba merapatkan ukhwah sesama kaum muslimin antara PAS dengan UMNO - tetapi PKR tidak bersetuju.

7. Hassan Ali mahu PAS diterajui oleh golongan ulama dan bukan golongan sekular yang nampaknya semakin mendominasi kepimpinan parti dan cuba mengubah legasi asal perjuangan PAS demi secebis kuasa. Namun, hal ini tidak disenangi oleh golongan sekular di dalam PAS.

8. Secara amanah, Hassan Ali sudah menjelaskan bahawa prinsip perjuangan beliau adalah berteraskan kepada Islam, orang Melayu dan warisan kesultanan - nampaknya kejujuran Hassan Ali ini tidak menggembirakan sesetengah pemimpin utama PAS. Mereka merasakan, prinsip perjuangan beliau itu lebih mirip kepada perjuangan UMNO.

9. Hassan Ali dituduh dan difitnah secara jijik lagi kotor oleh musuh-musuhnya, kononnya beliau merupakan agen UMNO yang cuba membawa PAS dan UMNO ke meja rundingan demi survival orang Melayu.

10. Hassan Ali pernah berkata, ketaatan beliau hanyalah kepada Allah dan bukan kepada PAS. Justeru itu, jika PAS melakukan kesalahan, beliau berhak bersuara dan menegur. Beliau mahukan pahala daripada Allah dan bukan kuasa politik semata-mata. Kenyataan ini kurang diminati oleh para pemimpin PAS dan seolah-olah mahu menyatakan bahawa PAS ada melakukan kesilapan.

Polis tahan pelajar USM ugut bom helikopter PM



Polis tahan pelajar USM ugut bom helikopter PM















GEORGETOWN - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.
Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.
Antaranya penuntut itu menulis, "Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah.

"Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari.

"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok.