Sempena
 tahun baru 2012 ternyata membuat DAP tersenyum lebar umpama kena loteri
 kebajikan RM2 juta.  Apa tidaknya ada dua perkara besar yang membuat 
DAP, parti paling rasis ini bergumbira iaitu pertama Anwar Ibrahim 
dibebaskan dari kes liwat (walaupun mahkamah akui kejadian itu berlaku 
suka sama suka).
Yang
 kedua pula Pas telah mengesahkan buat sekian kalinya bahawa mereka 
adalah “Barua” setia kepada DAP apabila sanggup memecat Dr Hassan Ali.
Kenapa DAP harus meraikan dua perkara ini?
Jawapannya
 cukup mudah, Anwar amat diperlukan DAP bukan kerana Anwar bersih, suci 
dan murni tetapi Anwar diperlukan untuk memecahbelahkan lagi orang 
Melayu dan menjadi alat penting untuk mengawal Pas.
Ini
 kerana selain kebijaksanaan otak auta Anwar, ramai pemuja Anwar juga 
berada dalam saf kepimpinan Pas.  Jadi mudahlah DAP untuk menjayakan 
agenda mereka.
DAP
 tak kisah untuk angkat Anwar jadi Perdana Menteri kerana segala rahsia 
Anwar sebenarnya sudah berada dalam poket DAP.  Bukankah Karpal Singh 
sendiri yang mengesahkan Anwar seorang peliwat pada tahun 1997?
Lagi
 pun Karpal jugalah yang mengakui kes liwat antara Anwar dan Saiful 
adalah satu perbuatan SUKA SAMA SUKA.  Maka dalam bahasa kasarnya telur 
Anwar kini dalam genggaman DAP.
Dalam
 kes Hassan Ali juga ternyata telah memberi jaminan kepada DAP bahawa 
Pas sanggup lakukan apa saja demi DAP.  Pas sanggup memancung siapa saja
 di kalangan pemimpin mereka yang cuba melawan DAP.
Bukankah
 Hassan Ali seorang pemimpin yang lantang menentang dasar DAP yang 
ghairah untuk membiakkan rumat urut, penjualan arak dan aktiviti murtad 
di Selangor.
Jadi dengan ketiadaan Hassan Ali memudahkan kerja-kerja DAP untuk menyemarakkan lagi aktiviti sosial tidak bermoral ini.
Justeru
 nampaknya DAP sudah menempah kejayaan awal…. Syabas buat DAP yang telah
 berjaya menjadikan pemimpin Melayu PKR dan Pas menjadi KUDA KAYU buat 
mereka dalam melaksanakan agenda rasis mereka.
Dr Syafiq Rozain, Shah Alam

 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan