Sempena
tahun baru 2012 ternyata membuat DAP tersenyum lebar umpama kena loteri
kebajikan RM2 juta. Apa tidaknya ada dua perkara besar yang membuat
DAP, parti paling rasis ini bergumbira iaitu pertama Anwar Ibrahim
dibebaskan dari kes liwat (walaupun mahkamah akui kejadian itu berlaku
suka sama suka).
Yang
kedua pula Pas telah mengesahkan buat sekian kalinya bahawa mereka
adalah “Barua” setia kepada DAP apabila sanggup memecat Dr Hassan Ali.
Kenapa DAP harus meraikan dua perkara ini?
Jawapannya
cukup mudah, Anwar amat diperlukan DAP bukan kerana Anwar bersih, suci
dan murni tetapi Anwar diperlukan untuk memecahbelahkan lagi orang
Melayu dan menjadi alat penting untuk mengawal Pas.
Ini
kerana selain kebijaksanaan otak auta Anwar, ramai pemuja Anwar juga
berada dalam saf kepimpinan Pas. Jadi mudahlah DAP untuk menjayakan
agenda mereka.
DAP
tak kisah untuk angkat Anwar jadi Perdana Menteri kerana segala rahsia
Anwar sebenarnya sudah berada dalam poket DAP. Bukankah Karpal Singh
sendiri yang mengesahkan Anwar seorang peliwat pada tahun 1997?
Lagi
pun Karpal jugalah yang mengakui kes liwat antara Anwar dan Saiful
adalah satu perbuatan SUKA SAMA SUKA. Maka dalam bahasa kasarnya telur
Anwar kini dalam genggaman DAP.
Dalam
kes Hassan Ali juga ternyata telah memberi jaminan kepada DAP bahawa
Pas sanggup lakukan apa saja demi DAP. Pas sanggup memancung siapa saja
di kalangan pemimpin mereka yang cuba melawan DAP.
Bukankah
Hassan Ali seorang pemimpin yang lantang menentang dasar DAP yang
ghairah untuk membiakkan rumat urut, penjualan arak dan aktiviti murtad
di Selangor.
Jadi dengan ketiadaan Hassan Ali memudahkan kerja-kerja DAP untuk menyemarakkan lagi aktiviti sosial tidak bermoral ini.
Justeru
nampaknya DAP sudah menempah kejayaan awal…. Syabas buat DAP yang telah
berjaya menjadikan pemimpin Melayu PKR dan Pas menjadi KUDA KAYU buat
mereka dalam melaksanakan agenda rasis mereka.
Dr Syafiq Rozain, Shah Alam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan